Followers

Wednesday, September 2, 2015

KEKUATAN MENEMPUH ANXIETY DISORDER

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sekian lama saya hilang dari dunia blogger, mencari identiti sendiri. Tambahan pula kekangan masa dan waktu yang terlalu sibuk dengan urusan dunia, hingga saya abaikan sisa masa yang ada. Kemudian, dikesempatan masa yang ada. Saya mengambil waktu untuk coretkan sesuatu yang saya kira pasti bermanfaat serta boleh dijadikan sebagai satu alasan dan asas untuk kita sama muhasabah diri dan teruskan kehidupan yang lebih mencabar.

Secara ringkas, saya telah menghadapi anxiety disorder ini bukan sehari dua. Bukan seminggu atau sebulan. Tetapi sudah hampir 9 tahun. Dan hari-hari yang saya lewati bukanlah indah seperti insan lain. Saya terpaksa berperang dengan perasaan sendiri. Melawan kesakitan tatkala ia datang seperti rasa akan kematian. Hanya orang yang mengalami tentu akan faham dengan jelas. Sebagai perkongsian cukuplah saya ringkaskan, bila panic attack ini menyerang, rasanya seakan menghadapi kematian. Letih, gelisah, kesakitan, hilang pertimbangan dan adakalanya rasa seolah-olah hidup tidak berguna. 

Saat pertama saya menghidap penyakit ini adalah semasa saya menuntut dia salah sebuah IPT suatu masa dulu. Puncanya saya sendiri tak pasti. Samada tekanan belajar atau sebaliknya. Tetapi saat pertama serangan saya seolah berhadapan dengan kematian dan secara jujurnya hilang semua semangat untuk terus berjuang hadapi kehidupan.

Dua tahun saya lumpuh dari aktiviti sosial. Yang dahulunya saya seorang periang terus menjadi seorang pendiam dan kemurungan. Kawan-kawan semuanya saya rasakan seolah menjauh dan terasing. Padahal mereka tidak pernah meninggalkan saya untuk seketika dan selalu memberikan saya semangat untuk terus berjuang hadapi kehidupan.

Setelah dua tahun mendapatkan rawatan secara klinikal, saya semakin pulih. Semangat hidup semakin datang dan saya terusan berjuang untuk mencapai cita-cita semua. Alhamdulilah, akhirnya saya berjaya habiskan pengajian di peringkat sijil dan diploma. Walaupun lambat akhirnya ia sangat bermakna.

Berbalik kepada penyakit saya, ianya tidak begitu pulih sepenuhnya. Kadang kala ia tetap menyerang. Cuma kadar serangannya tidak begitu kuat seperti pertama kali ia datang. Saya melawan dengan semangat dan kata-kata positif sehinggakan saya kembali hidup sebagai manusia normal walhal ketika sudut lainnya saya berperang dengan perasaan sendiri.

6 tahun saya kembali hidup sebagai manusia biasa yang bebas dari anxiety disorder. Namun, saat saya meniti kebahagian bebas dari panic attack sekali lagi saya diuji dengan penyakit dan serangan yang sama. Malah ianya lebih kuat berbanding masa lalu.

Sebagai sahabat axiety disorder, saya tetap berdoa untuk kuat dalam meneruskan kehidupan ini. Kerana ianya bukan penghalang untuk penghidap panic attack ini untuk teruskan kehidupan. Coretan akan datang akan saya ceritakan saat cekal menghadapi anxiety dimana saya tahu rakan seangkatan yang menghidapi ini pasti akan melalui saat getir yang sama.

Sekiranya sahabat AD ada perkongsian lainya yang ingin diceritakan, bolehlah emailkan kisah kehidupan AD anda kepada saya di alamat email seperti berikut, azwanaznan@gmail.com.

Semoga kalian juga tabah, sabar, zikir dan berusaha untuk sembuh seperti sedia kala.